1. Sungai Sedim
   |    Sungai  sedim yang berarus deras dan berjeram serta mempunyai ekosistem hutan  adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah lasak.Program aktiviti  utama yang boleh di lakukan adalah berkayak atau berakit di arus  deras(White Water Rafting) di sepanjang 15 kilometer. Destinasi ini  merupakan antara 5 destinasi terbaik di Malaysia bagi kegiatan  berkenaan.Berkelah,mandi-manda,berenang dan perkhemahan di kawasan yang  di khaskan turut menjadi keutamaan di destinasi ini di samping  penganjuran kursus atau bengkel  kecemerlangan diri dan  berkumpulan.Destinasi ini di kenali sebagai Tapak Perkhemahan di Raja  Kedah. Kedudukan destinasi ini terletak di sempadan antara Daerah Kulim dan Baling.  | 
2. Treetopwalk Sungai Sedim.
   |    Tree Top Walk adalah tarikan baru yang menanti pengunjung. Jabatan besi yang di kenali sebagai Tree Top Walk  Sungai Sedim telah di bina tinggi sehingga mencecah kemuncak pokok kayu  yang merentas Sungai Sedim.Dari jambatan dapat dinikmati pandangan yang  mempersonakan.  | 
3. Reakreasi Air Terjun Junjung.
 ![]()  |    Berada di kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar kulim  adalah 14 kilometer. Semenjak tahun 1980an lagi destinasi ini telah  menjadi tarikan pelancong dengan produk utamanya adalah air terjun dan  persekitaran ekosistem hutan, kebun getah serta dusun buah-buahan. Pada  musim buah-buahan khususnya musim durian,pengunjung boleh membeli buah  berkenaan secara lansung dari pekebun. Program/ aktiviti utama yang  boleh di lakukan di sini adalah berkelah,mandi- manda,berenang dan  perkhemahan.  | 
4. Reakreasi Ulu Paip.
 ![]()  | Sungai yang berjeram dan persekitaran ekosistem hutan.Terletak dalam Hutan simpan Gunung Bungsu. Program/ aktiviti utama yang boleh di lakukan adalah berkelah, mandi-manda, berenang dan perkhemahan. Dalam perjalanan ke destinasi ini,pengunjung juga dapat melihat kawasan dusun buah-buahan dan kawasan bekas lombong yang berbentuk tasik ke kiri kanan jalan. Jarak dari bandar kulim adalah 20 kilometer. | 
5. Puncak Gunung Bintang.
 ![]()  |    Jeram-Jeram  dan air terjun turut menghiasi perjalanan semasa mendaki gunung ini.  Program utama yang boleh di lakukan adalah merentas denai hutan sambil  menyaksikan fauna dan flora, menjelajah gua serta mendaki gunung untuk  menikmati panorama indah dari puncak gunung. Ketinggian mencecah 1,862  meter merupakan gunung tertinggidi banjarannya. Dari segi geografi nya  puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan t bagi daerah di dua  negeri.Ini bermakna sekira pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya,  maka mereka telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri kedah  dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri perakk pada suatu masa yang sama.  | 
6. Gunung Bongsu.
 ![]()  |    Terletak  di dalam kawasan Hutan simpan Gunung Bungsu. Ketinggian Gunung Bungsu  adalah 658 meter dengan puncaknya berada di Mukim Terap. Permandangan  begitu menarik dari puncaknya dengan flora  dan fauna serta menikmati  panorama indah di sekitarnya.Di sini terdapat kesan-kesan sejarah  seperti kubu komunis. Bagi pengunjung yang ingin mencuba aktiviti lasak  seperti mendaki gunung dan menunggang basikal dan motosikal, maka Gunung  Pongsu akan memberi satu bentuk latihan dan cabaran yang bersesuaian  dengan keupayaan mereka. Aliran sungai yang berliku- likudan berjeram  mampu menarik minat pengunjung datang ke sini.  | 
Sumber:
Majlis Perbandaran Kulim Kedah, 
No 104-120 Lorong Kota Kenari 5/1,
Taman Kota Kenari,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4905664 / 04-4907526 / 04-4906522 
Faks : 04-4901443
Bebas Tol : 1800-880-428
 
 



No comments:
Post a Comment