Jenis Produk Bakeri (Kek Dan Pastri)
Latar Belakang Pemilik: 
Kak  Kiah atau nama sebenarnya Rokiah Binti Sidek merupakan salah seorang  usahawan tempatan yang berjaya. Beliau yang berumur 34 tahun ini mula  berkecimpung dalam dunia perniagaannya sejak dari  tahun 1999 lagi.  Dengan keazaman yang kuat dan usaha yang gigih beliau telah berjaya  memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Dengan pengalaman  yang ada, beliau telah membesarkan perniagaannya di kedai pada tahun  2003.  Beliau telah mengikuti latihan dan kursus-kursus yang  di  anjurkan oleh Jabatan Pertaniaan. Dalam masa masa yang sama beliau juga  mengikuti Kursus Keusahawanan yang di adakan oleh  MARA. Selain itu,  masa-masa yang terluang turut di isi dengan mengikuti kelas yang di  anjurkan oleh kedai-kedai kek yang berdekatan.  


 
                               Alamat kedai:
                           No 8, Gerai MDBB,
                             Pekan Selama,
                     09810 Selama, Serdang,
                          Kedah darul Aman.
                            Waktu operasi:
                           9.00a.m-7.00p.m.
                              Sila hubungi: 
                                            013-4608778  
                                        Jenis biskut:
               Biskut Tat, Biskut DuckCruncis, 
                   Nilam Sari, Cermai Manis,
                Almond London, TwiceLovely, 
                 Nokia Surprise, Shot Bred, 
                       Golden Key, Bahulu,  
                Rossalynda, Siput Flower tat, 
                          dan banyak lagi.
    *Nota: Turut menerima segala tempahan kek, 
gubahan pertunangan dan hantaran perkahwinan.
_______________________________________________________                     
                          Sekilas pandang aktiviti di kedai: 

 
 2. Pekan Hari Selama Kedah.
Pekan  hari Selama Kedah merupakan satu pasar yang menjual pelbagai barangan  seperti makanan, pakaian, bahan-bahan untuk memasak dan banyak lagi.  Fungsi Pekan Hari Selama Kedah adalah sama dengan Pasar Malam  ditempat-tempat lain, apa yang membezakan namanya adalah kerana waktu  pengoperasiannya yang bermula lebih awal dan tamat lebih awal. Seperti  kebiasaannya  Pekan Hari Selama Kedah akan mula dibuka pada pukul 2.00 PM dan tutup pada pukul 7.15 PM. Pekan Hari Selama Kedah  tidak  beroperasi setiap hari tetapi hanya beroperasi pada hari khamis sahaja.  Kebanyakkan perniaga adalah terdiri daripada masyarakat setempat dan  penduduk kampung-kampung berdekatan. Pekan Hari Selama Kedah bukan  sahaja dapat meningkatkan taraf ekonomi peniaga malah dapat memudahkan  masyarakat setempat untuk membeli barangan yang diidamkan. Secara tidak  lansung kewujudan  Pekan Hari Selama Kedah telah melahirkan  ramai usahawan dan menjadikan pola dalam bidang keusahawanan meningkat.  Tahniah diucapkan kepada usahawan kita. Di harap lebih ramai lagi  perniaga luar berminat untuk berniaga di Pekan Hari Selama Kedah.


3. Pernigaan Perabot Rotan.
Perniagaan  ini dijalankan oleh seorang usahawan tempatan berbangsa cina.  Perniagaan ini dulunya kecil sahaja tetapi telah berkembang dengan  baiknya pada masa kini. Tarikan utama yang menyebabkan ramai pengguna  menyukai perabot  rotan Selama Kedah ini kerana cara  pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional seperti dahulu.  Oleh sebab hasil seni yang begitu  baik yang telah  dihasilkan secara tidak lansung telah menarik ramai pengguna perabot  antik datang kesini untuk membeli. Kedai ini juga akan membuat perabot  rotan mengikut kehendak pembelinya. Kepada sesiapa yang berminat boleh  datang terus ke kedai ini untuk menempah perabot rotan. Kedai ini  terletak di Pekan Selama kedah, lokasinya juga mudah dicari kerana  berada di tepi jalan besar. Waktu operasinya adalah setiap hari dan cuti  pada hari Ahad. Kedai ini dibuka pada jam 9.00AM dan tutup pada jam  6.00PM. Terima kasih kepada tuan kedai kerana dapat memberikan  kerjasama.



Sumber:
Fail Pjl Taman Cempaka,
Hak Cipta Terpelihara, Pjl 2010.
Fail Pjl Taman Cempaka,
Hak Cipta Terpelihara, Pjl 2010.
No comments:
Post a Comment