Myspace Stuff

Tuesday, February 22, 2011

How To Solve Computer Problems

  • Mengatasi masaalah error windows xp
    Pernah komputer anda tidak boleh masuk ke windows yang disebabkan oleh komputer tidak di shutdown dengan betul.Bila terjadi masaalah ini akan menyebabkan terjadinya error pada hard disk dan menyebabkan ia tidak boleh masuk ke windows dan restart semula.Jika terjadi seperti ini jangan lah install semula windows dulu,cuba cara yang saya berikan dibawah ini.

    Bootkan komputer dengan  cd installer windows xp,tunggu hingga paparan Welcome to Setup

    masaalah komputer restart












    Kemudian pilih repair dengan menekan huruf R pada keyboard dan tunggu hingga muncul paparan Microsoft Windows Recovery Console.Kemudian ada pilihan bagi bagi lokasi directory windows ,biasanya pilih 1 dan masukkan passsword windows Administrator



    recovery console








    check disk



    Kemudian taipkan arahan chkdsk /p dan tekan butang Enter, tunggu hingga proses checkdisk selesai.Taip exit untuk keluar dan seterusnya restart komputer anda.

    • Masaalah komputer lembab
    Adakah komputer anda beroperasi dengan lambat? Adakah anda ingin menyelesaikan masaalah "komputer lembab ini"? Bekerja dengan komputer seperti ini memang membosankan.Anda tidak perlu mengeluarkan  wang dengan menghantar ke kedai . Pilihan terbaik untuk anda adalah ,bahawa anda boleh menangani masalah komputer sendiri dengan mudah . Yang perlu anda lakukan hanya mengikuti beberapa tips di bawah.

    1.Mungkin anda berfikir bahawa komputer anda sudah outdated? Jadi ia slow? Mungkin  komputer anda mempunyai memori yang rendah. Ada banyak cara yang boleh anda gunakan agar komputer  prestasi dapat ditingkatkan. Komputer memiliki banyak komponen bekerja sama dengan sistem operasi Windows.Tentunya  memerlukan banyak memori virtual untuk menyokong menjalankan operasi sesuatu komputer. Bukan kos-efektif bagi anda untuk membeli RAM tambahan. Tapi, anda boleh mengoptimumkan penggunaan RAM pada komputer anda dengan perisian  Registry yang  dapat meningkatkan prestasi PC anda dan membuatnya berjalan lebih cepat.

    2. Adakah anda mendapati bahawa masa yang lama diperlukan komputer anda  untuk melakukan sesuatu? Terdapat beberapa masalah perisian yang boleh menyebabkan komputer anda berjalan lambat. Adware, Virus dan Trojan adalah punca paling umum yang mengurangkan kelajuan PC anda  dan menginfeksi keseluruhan prestasi komputer. Sangatlah penting bagi anda untuk memasang unggul dan Antivirus terkini supaya anda boleh memadam program ancaman ini, yang dapat meningkatkan prestasi PC anda dan komputer anda akan berjalan secepat yang baru.

    3. Adakah anda melihat bahawa komputer anda 'hang' dari masa ke masa? CPU anda mungkin terlalu panas. Setiap hari, anda menggunakan komputer anda untuk melakukan banyak kerja. Dan CPU menghasilkan kepanasan selama ia beroperasi. Dalam hal ini, sistem operasi Windows menjadi lambat. Untuk mempercepat komputer anda, anda boleh menyemak kipas PC anda. Dan kemudian anda boleh membersihkan debu yang menghentikan pc anda dari berjalan lancar. Atau anda boleh meng-upgrade kipas anda dan peranti lain yang boleh mendinginkan suhu CPU anda.

    4. Adakah anda akan selalu mendapat mesej error pop-up? Adakah komputer berjalan lambat setiap saat selepas anda membersihkan virus di komputer? Registry pada sistem Windows menyimpan semua maklumat program dan tatacara sistem. Mungkin ia rosak jika anda memasang atau membuang aplikasi pada komputer anda. Ada banyak sisa fail  pada registry  PC apabila anda melakukan proses tersebut. Dalam hal ini, komputer anda menjadi berjalan lambat. Hal ini dapat diperbaiki oleh membersihkan registry sekali-sekala. Download salah satu perisian dari internet untuk membolehkan anda untuk membersihkan registry. Dan anda boleh menghentikan komputer anda dari berjalan lambat.

    Jika anda tidak mahu menghabiskan banyak masa memasang semula sistem operasi anda, ini adalah penyelesaian terbaik bagi anda untuk selesaikan masaalah  komputer berjalan lambat.

    • Masaalah komputer selalu restart
    Salah satu masaalah atau kerosakan yang selalu berlaku pada sebuah komputer adalah keadaan dimana komputer selalu restart dengan sendiri. Dalam kes  komputer selalu restart ini tentu saja sangat membosankan terutama apabila kita sedang membuat  kerja, tiba-tiba komputer restart sendiri dan kita tidak sempat menyimpan dokumen tersebut. Mengikut  pengalaman saya ada  beberapa sebab  yang membuat komputer sering restart sendiri, diantaranya adalah:

    1.RAM (memori) yang rosak

    RAM yang rosak juga boleh menyebabkan komputer restart dengan sendirinya.Cuba gunakan memori yang lain untuk menguji samada ram itu rosak.Sekiranya ada dua ram cuba tanggalkan salah satu untuk melihat yang mana rosak(tukar ganti untuk melihat yang mana bermasaalah..Jarang berlaku  kedua dua nya rosak secara serentak.

    2. Masaalah processor panas 
     
    Salah satu sebab komputer jadi hang dan restart sendiri adalah disebabkan processor yang panas.Untuk memeriksa masaalah kepanasan pada pada processor,terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan:  

    • melihat keadaan suhu processor melalui paparan pada  hardware monitor di BIOS
    • gunakan software bagi monitor kepanasan seperti Core Temp

    • dengan membuka casing CPU dan meraba sendiri temperatur pada bagian Pendingin (Cooler) Processor. 
    Punca yang menyebabkan kepanasan pada Processor:
    • Kipas pada processor (fan) tidak berfungsi.
    • Sirip pada Pendingin Processor tersumbat dengan debu,selalu berlaku bila menggunakan komputer ditempat yang berdebu.Habuk habuk yang melekat mestilah dibersihkan.
    • Perhatikan juga mungkin kipas pada power supply tidak berputar.
    3. Power Supply yang bermasaalah

    Kemungkinan power supply membekalkan kuasa yang tidak mencukupi.Cuba gunakan power supply lain yang diketahui berfungsi dengan baik.Power supply dengan kuasa minima 500 watt adalah perlu bagi kegunaan pada komputer sekarang.

    4. Kad  Grafik rosak

    Kemungkinan kad grafik yang rosak.Biasanya kad grafik yang rosak cepat panas pada bahagian sirip pendinginnya .Cuba periksa kad tersebut.

    5. Disebabkan bad sector pada Hardisk
     


    Sekiranya terdapat bad sector pada hard disk akan menyebabkan ia menjadi hang atau muncul skrin biru.penyelenggaraan berkala seperti scan disk dan defragmenter perlu di lakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.Komputer juga hendak lah di tutup dengan menggunakan fungsi shut down.


    • Menukar nama search enijin
    Mengganti nama search engine google dengan nama sendiri ini sudah banyak diperkatakan padai blog blog lain, Ia kelihatan amat menarik jadi blog ini tertarik untuk membuat posting yang sama . Google seperti menyedari bahawa paparan search engine nya begitu sederhana (tapi amat powerfull ) tidak seperti penampilan seach engine yang lain yang begitu banyak animasi, contohnya seperti bing. Dengan itu google memperkenalkan kaedah supaya search engine tersebut lebih bersahaja dengan membolehkan penggunanya mengganti nama google dengan nama sendiri.
    Caranya cukup mudah, kebiasaanya anda melihat paparan search engine google adalah seperti gambar di bawah ini

    Google memberikan alternatif untuk mengganti dengan nama google dengan nama yang anda inginkan, caranya masuk ke www.007google.com  kemudian anda akan melihat menu seperti gambar di bawah ini.


    Tuliskan nama pada ruangan yang telah disediakan. Seterusnya anda boleh memilih mencari alternatif logo lain selain logo yang mirip dengan google. Kemudian klik “create my search engine” Hasilnya adalah seperti contoh gambar di bawah ini


    Setelah selesai kemudian copy url yang telah di buat dengan logo sendiri browser anda, untuk:

    Mozilla firefox

    Klik Tool
    Klik Options
    Masuk tab general
    Isi homepage dengan url yang telah anda buat

    Google Chrome

    Klik Customize (Kanan Atas)
    Klik Options
    Masuk tab basic
    Isi homepage dengan url yang anda buat

    Opera Browser

    Klik Customize ( kiri Atas)
    Klik Setting
    Klik Preference
    Masuk tab general
    Isi dengan url yang telah anda buat




      a



















































      Wednesday, February 9, 2011

      Mukadimah

      Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia





      Pengenalan
      Perpustakaan Jalurlebar Tmn Cempaka Cawangan Bandar Baharu, Kedah Darul Aman adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman portal ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.  


      Bagi negeri Kedah, projek "Perpustakaan Jalur Lebar" turut di pantau oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPAK). Baru-baru ini, satu  mesyuarat pemantauan PJL telah diadakan. Antara pihak yang terlibat ialah Pengarah PPAK, wakil SKMM Wilayah Utara, wakil TM, Kakitangan PPAK, MSD dan semua Penyelia It dari PJL di negeri Kedah.
       
      Image
      Image
      Image
      Image

      Sumber:
      Fail Pjl Taman Cempaka,
      Hak Cipta Terpelihara, Pjl 2010.

      INFO PJL

           
       GAMBARAN UNTUK SAMPAI KE PJL TMN CEMPAKA
      Image
      Image
      Image
      Image
      Image
      Image 
                             

                                                                                Misi:                          
               Merapatkan Jurang Digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.         
                                                                                Visi:                          
                                                            Meningkatkan kadar Celik IT.                                       
       


                                                                      NAMA PENYELIA IT                                                           
                                                                 MOHD ZAMRI BIN AYOB

                                                                          NO TELEFON  
                                                                          013-2187398


                                                                       WAKTU OPERASI
                                                                   HARI : AHAD - KHAMIS.
                                         MASA : 10.00AM - 6.00PM.REHAT : 1.00PM - 2.00PM.
                                          CUTI : JUMAAT,SABTU DAN HARI PELEPASAN AM.


                                                                                ALAMAT
                                                  PERPUSTAKAAN DESA TAMAN CEMPAKA,
                                                       JALAN CEMPAKA 6, MUKIM SELAMA,
                                                   09810 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.


                                                             MY BLOG
                                  
                                            http://tmncempaka.pjl.com.my/

                           http://perpustakaandesatamancempaka.blogspot.com/



                                                       PERKHIDMATAN
      Image
      Image
      Image
      Image
      Image

      Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) Tmn Cempaka mula beroperasi pada penghujung tahun lepas. Kewujudan PJL Tmn Cempaka telah membuka mata masyarakat setempat bagi menimba ilmu dalam bidang IT. Bagi memudahkan masyarakat setempat mempelajari ilmu IT, seorang Penyelia IT telah ditempatkan di PJL Tmn Cempaka. Yuran pendaftaran keahlian hanya RM5.00 sahaja. Terbuka kepada semua lapisan umur untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Penggunaan komputer boleh diklasifikasikan seperti berikut:

      PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
      Internet
      Merupakan perkhidmatan yang sering mendapat tumpuan daripada pengguna perpustakaan yang terdiri daripada pelajar sekolah, IPT, individu-individu daripada pelbagai peringkat organisasi. Perkhidmatan ini mula beroperasi pada penghujung bulan DISEMBER 2008.  
      Cd-Rom
      Gabungan interaktif media dalam bentuk gambar, audio dan visual serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran, rujukan dan penyelidikan. Koleksi CD-ROM merupakan satu bahan yang mampu memberikan maklumat dengan cepat biarpun kandungan maklumat di di dalamnya bukanlah maklumat yang kemaskini namun ia mampu membantu pengguna dalam membuat rujukan yang diperlukan.
      Helaian Elektronik
      Kemudahan ini disediakan bagi tujuan membantu pengguna membuat tugasan, kertas kerja dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Ms. Woricrosoft Word, Excel, Power Point dan Publisher.
      Cetakan
      Untuk memenuhi kehendak pengguna, bahagian ini turut menyediakan kemudahan setakan samada cetakan berwarna atau cetakan biasa (hitam). Bayaran yang sama tetap dikenakan walaupun pengguna menggunakan kertas yang dibawa sendiri.
      Imbasan
      Kemudahan perkhidmatan imbasan (scanning) ini membantu pengguna membuat imbasan bagi gambar yang diperlukan sama ada diambil daripada bahan berbentuk monograf, brosur, peta, artikel dan sebagainya. Ia dikenakan bayaran yang sama tanpa mengira saiz gambar yang dibuat imbasan.
      Mylib
      Merupakan satu projek oleh MSC yang dikenali sebagai Malaysian National Digital Library. Ianya merupakan kaedah penghantaran maklumat dan ilmu pengetahuan yang ekonomi dan berkesan kepada semua golongan masyarakat.
      terdapat 11 pengkalan data yang diperkenalkan:
      1 - EBSCOHost
      2 -
      Global Market Information Database
      3 -
      CLJ Legal Network
      4 -
      BLIS
      5 -
      Bond
      6 -
      MASTICLink
      7 -
      SIRIMLink
      8 -
      PalmOilis
      9 -
      NetCousins
      10 -
      Digital Resources
      11 -
      Article On Malaysia
      12 -
      Ebrary
      E-Lib
      E-Library User Education adalah projek yang dibangunkan Perpustakaan Negara Malaysia atas pembiayaan UNESCO. Ia berasaskan laman web yang direkacipta menerusi pakej e-pembelajaran untuk orang ramai. Ia bertujuan untuk mendidik pembaca menjadi pengguna perpustakaan yang mahir termasuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam teknik pencarian maklumat. Projek ini bertujuan mempertingkatkan kebolehan belajar sendiri (self learning course) menerusi multimedia interaktif dan menguasai kemahiran e-learning ke arah masyarakat berilmu.













































                                    
                                    



                                    BENGKEL E-LEARNING TAHUN 2010

      Image
      Image
      Image
      Image
      Image
      Image 
      Image
      Image
      Image
      Image 
      Image
      Image 
      Image
      Image 
      Image
      Image
      Image 

                                     

                                      SEKILAS PANDANG TAHUN 2009


      Image



      Image 
      Image 
      Image
      Image 
      Image 
      Image 

      *UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR, KLIK PADA GALERI GAMBAR DI SEBELAH KIRI ATAS.

      Sumber:
      Fail Pjl Taman Cempaka,
      Hak Cipta Terpelihara, Pjl 2010.






      Tambahan
      Segala gambar latihan dan aktiviti di PJL akan dimasukan ke dalam web ini. Di harap masyarakat setempat memberikan kerjasama kepada Penyelia It, harap maklum.


      Perkhidmatan Yang Disediakan:

       PHOTOSTAT RM 0.20
       PRINT (BLACK & WHITE) RM 0.30
       PRINT COLOR (A4) RM 2.00-RM 3.00
       PRINT COLOR (1/2 A4) RM 1.00-RM 1.50
       SCAN RM 1.00
       FAX-SEND RM 2.00-RM 3.00
       FAX-RECEIVE RM 1.50-RM 2.00
       UPAH  MENAIP (A4) RM 2.00
       PENDAFTARAN AHLI RM 5.00